Friday 1 July 2016

10 TIP BALIK KAMPUNG


#1. RANCANG PERJALANAN ANDA


Sebelum balik kampung rancang la dulu nak balik bila
so xde la kelam kabut nanti.
Contoh: Nak balik ikut jalan mane??
Prepare makanan banyak skit takut jem??
Nak pakai cash ke guna kad Touch & Go?? and macam2 lagi la.

#2. SERVIS KERETA ANDA AWAL-AWAL


Kalau da tau nak balik kampung then terus je bawak pergi servis.
Contoh servis ialah tukar minyak hitam dan Oil filter, Check Air filter,
Tayar, Brek Pad dan Air yang cukup di Radiator.
#3. SEDIAKAN DUIT RAYA YANG CUKUP


Make sure duit raye tu da letak dalam sampul da
and let say kalau ade sampul untuk VVIP (kira dalam sampul tu ade RM100)
make sure da asingkan siap-siap so nanti kalau da ramai sangat anak buah
or sedara mara xde la kelam kabut.
#4. SIAPKAN BEG BAJU AWAL
SUPAYA XDE BARANG TINGGAL


Buat list baju ape nak bawak and barang ape nak bawak
so boleh kumpulkan barang dulu and bila semua da cukup
then sumbat jer dalam beg.
Isu tertinggal BAJU RAYA tu mesti xde kalau follow cara nie.
#5...DRIVER KENA CUKUP TIDUR


Driver kene cukup tido bagi mengelakkan keletihan semasa memandu.
Kalau cukup tido badan dan mata pon segar.
So perjalanan pon tak bahaya sebab da cukup rehat.
#6.TUTUP SUIS & CABUT
PLUG YANG TIDAK DIGUNAKAN



Nie adalah untuk mengelakkan berlaku litar pintas dan kebakaran rumah.
So mane-mane plug yang tak guna sila cabut plug tersebut and tutup suis.
#7.BUKA SATU LAMPU DIRUANG TAMU 
@ DEPAN RUMAH


Buka satu lampu supaya rumah anda tidak menjadi sasaran pecah rumah
kerana rumah yang selalu menjadi sasaran adalah rumah yang gelap.
#8.TUTUP / KUNCI TINGKAP DAN PINTU


Ini bertujuan untuk mengelakkan rumah anda dipecah masuk
melalui pintu dan tingkap yang tidak berkunci.
Jadi check betul betul samada pintu dan tingkap sudah di kunci.
#9.LETAK KUNCI RUMAH
DI TEMPAT YANG SELAMAT


Ini selalu terjadi selepas balik dari kampung
sebab owner xtau simpan kunci kat mane.
so jangan cuai and make sure anda simpan kunci
di tempat yang selamat dan anda ingat.
#10.DAFTAR UNTUK RONDAAN
DI BALAI POLIS


Sebelum balik kampung tu pergi la daftar kat balai polis untuk rondaan.
Bagitau berapa hari anda balik kampung so that
mase anda xde kat rumah ade la polis buat rondaan.

So .... SELAMAT HARI RAYA Semua.... Pandu lah dengan cermat dan Selamat..

Thursday 7 April 2016

Takaful - TIDAK PERLU MINAT DALAM PERLINDUNGAN

Perlukah Anda MINAT untuk ambil TAKAFUL?
                                                         "Maaf Encik, saya tak minat"...
Anda tidak perlu minat atau meminati takaful sebenarnya.. Apa yang anda perlu adalah DUIT/GAJI berterusan ketika anda ditimpa musibah. Contoh.. Gaji anda RM5000 sebulan, anda dapat buat duit ini sebab anda bekerja dan kerana anda BERUPAYA.. jika anda LUMPUH maka anda tidak dapat bekerja dan TIADA GAJI!

Oleh itu... Adakah anda masih perlu gaji RM5K tersebut ketika anda lumpuh? Minat atau tidak anda tetap perlukan RM5K tersebut. Berapa lamakah anda mahukan gaji itu?
 Anda mahu selama 1 tahun lamanya? 5 tahun lamanya ? 10 tahun lamanya atau selama-lamanya?
 Jika anda mahu gaji 5 tahun lamanya.. Maka anda perlu duit sebanyak RM5Kx60bulan bersamaan RM300K!! Bilakah duit ini perlu anda ada? Jawabnya adalah SEKARANG!!
 Persoalanya adalah adakah anda ada duit RM300K itu sekarang? Kebanyakannya jawapannya adalah TIDAK ADA!!
 Cuba kita lihat alat kewangan yang ada bagi penyediaan dana RM300K
1. KWSP ada sebanyak RM300K? -TIADA-
2. SIMPANAN ada sebanyak RM300K? -TIADA-
3. ASET ada sebanyak RM300K? -TIADA-
4. HARTANAH ada sebanyak RM300K? -TIADA-
MAKA ANDA TIADA WANG UNTUK GAJI KETIKA LUMPUH..
Ada satu lagi alat kewangan yang boleh diambil iaitu TAKAFUL.
5. TAKAFUL ada sebanyak RM300K? -TIADA-
jika takaful pun tiada.. Maka anda mahu buat macam mana RM300K itu SEKARANG?
Mana mungkin anda mampu buat simpanan sebanyak RM300K itu sekarang melalui KWSP, ASET, SIMPANAN DAN HARTANAH. 
NAMUN anda BOLEH adakan RM300K gaji ketika lumpuh di TAKAFUL sekarang!
Maka, jelaslah apa yang SAYA mahu katakan disini adalah anda tidak pelu minat atau tidak perlu untuk tidak meminati takaful namun anda SANGAT MEMERLUKAN takaful kerana anda mahukan 5 tahun gaji bagi kos sara hidup ketika anda lumpuh.
Melainkan anda tidak mahu ada duit ketika lumpuh.. Mahu bekerja masa lumpuh (jika boleh) atau mahu minta derma atau... (Ikut perancangan anda sendiri)
Maka.. Fikirkanlah sedalamnya hal ini. Boleh? Ambil takaful hari ini untuk penggantian pendapatan anda :)​